Reviews

SUNYI by Nuril Basri

natasyareads's review

Go to review page

4.0

At first.. I though this book was really a messed up but still fun to read.. but the ending was blowing up my mind.. now I know why its storyline like that.. I think that was brilliant and what a twist! Anyway I like Herwin character so much.. and this fixi book deserves get 4.5 star.

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Di awal pembacaan, tak pasti sangat apa yang dibaca. Saya agak blur dengan kisah pengembaraan dan adventur si Herwin-- tentang gigantic asteroid, kejadian-kejadian aneh, huru-hara, without any point.

Herwin itu satu contoh karakter yang agak memualkan-- dengan perangai jelek dan kebudak-budakannya, ignorant dan sering menyusahkan. Point of the story sepertinya Herwin mahu mencari keluarga dan ingatannya yang hilang, namun sehingga hampir separuh pembacaan, saya masih belum nampak hala tuju cerita. Cycle hidup Herwin itu senang saja-- makan, jatuh dan tertidur (kata Donna, dia ada narkolepsi), being ignorant and annoying, makan, jatuh dan tertidur, dan ulang lagi hal yang sama. Barangkali saya masih tekun membaca kerana Aloysius-- yang tidak banyak cakap, the trusted one, peneman setia, dan agak misterius.

Sehingga mereka menginap di berek rahsia menempuh adventur dan usaha menyelamatkan diri, baru saya sedikit tersedar dengan metafora dan maksud tersirat kisah Herwin. Jujurnya saya teringat dengan novel Hard-Boiled Wonderland and the End of the World karya Murakami. Satu hal yang menarik hati saya, tentang sahabat-sahabat yang Herwin temui sepanjang 'pengembaraan'nya (yang kemudian buat saya sedikit sedih bila membaca bahagian terakhir tentang hal sebenar berkaitan mereka). Ia kadang lucu (dengan mulut celupar si Herwin) and too imaginary.

Hari ke-45 dan perbualan dalam cahaya putih terang, barulah saya tahu kenapa perangai Herwin jadi begitu. Herwin (bukan nama sebenar) tak perlu berlindung di dalam imaginasinya lagi.

Novel yang agak berlainan daripada karya penulis sebelum ini. Quite okay except the first few part dan sesetengah yang agak meleret, bagi saya. Nice try, anyway.

Rest well, penghuni bulan!

miss_tsundoku's review

Go to review page

3.0

Jika novel ini sebuah filem, ia sebuah filem independen yang dibuat dengan belanja rendah dan ditayangkan di pawagam yang selalunya menayangkan filem-filem indie dan art berat-- filem yang sebenarnya mempunyai makna yang dalam, tetapi berlapis-lapis, hanya sahaja kau harus bersabar untuk memahaminya.

Dan saya terpaku di tengah-tengah pawagam yang gelap itu. Otak saya asyik memikirkan cerita apakah yang saya sedang tonton ini? Walaupun filem ini sudah saya tonton separuh, saya masih tidak tahu hala tujunya. Watak utamanya berperangai kebudak-budakan dan sungguh menjengkelkan. Dia mengalami narkolepsi dan selalu mereka-reka cerita. Saya tidak sukakannya. Namun begitu saya didorong rasa ingin tahu yang amat sangat-- apa akan berlaku apabila asteroid itu akhirnya menghentam bumi? Benarkah kiamat akan berlaku kerana itu? Siapa Herwin yang sebenarnya dan adakah dia berjaya mendapatkan memori dan kembali ke pangkuan keluarganya? Saya ingin tahu itu jadi saya harus terus menontonnya. Jika ini ialah sebuah filem yang saya muat turun secara haram yang saya tonton di rumah sudah pasti saya akan terus menekan butang fast forward. Tetapi saya berada di pawagam, justeru itu saya harus bersabar.

Jika ini sebuah filem, seusai sahaja ianya berakhir saya akan ke aplikasi IMDb dan memberi markah kepada filem ini. Saya akan berikan 6/10 bintang kerana saya rasa ceritanya yang banyak meleret-- hanya jadi menarik apabila kembara Herwin sampai ke pulau rahsia. Saya juga rasa cerita ni hanya boleh ditonton sekali sahaja dan saya tidak mampu menontonnya lagi lain kali kerana saya merasakan masa terlalu lambat berlalu semasa menontonnya. Walaupun pengakhirannya membongkar segalanya, ia tidak cukup menggembirakan saya yang telah kelelahan.

Tapi ini sebuah novel. Jadi saya beri 3/5 bintang untuk naskhah ini.
More...