Reviews

Salju Shibuya by Muhammad Haji Salleh

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Aku pernah baca Basho beberapa tahun dulu dan haiku Basho sering berkait dengan musim, cuaca dan persekitaran dalam konsep 5-7-5 yang minimal. Penulis beritahu dia terinspirasi daripada Basho untuk Salju Shibuya jadi setiap babnya terbahagi mengikut musim dan bicara puisi juga tertumpu kepada persekitaran dan alam (walaupun bukan mengikut skema haiku). Bait puisi Muhammad Haji Salleh sangat lirikal, bebas dan lebih penceritaan-- deskripsi dan pilihan bahasanya punya pemerhatian tepat kepada pengalaman beliau semasa mengembara di tanah Jepun. Ia melankoli dan kadang sepi. Walau isinya santai dan nyaman, bagi aku kiasan bahasanya agak mirip pada setiap puisi jadi kadang perasaannya mendatar saja. Namun aku akui gubahan frasa setiap baris puisinya amat bagus jadi kalau pembaca yang gemar dengan diksi bersifat 'puitis' mungkin ini akan jadi kegemaran. Dari musim panas hingga ke musim bunga-- Kyoto, Okinawa, Niigata, ke gunung dan bukit, pelabuhan dan warung teh, melihat alam berubah dan memori yang tertinggal. Tertarik juga bila ada bait puisi beliau tentang penulis-penulis Jepun lampau selain fokus utama kepada hal budaya dan sosial masyarakat Jepun melalui pandangan penulis. Sketch Zakaria Ali yang dipapar seiring dengan puisi juga agak simple namun bersesuaian dengan mood puisi dan naratifnya.
More...